Monday 29 April 2013

...SEDIKIT BICARA HATI...


Assalamualaikum dan selamat malam,


Benarkah rezeki itu datangnya dari Allah, ya memang benar... Tidak sesiapa pun boleh menafikannya walaupun kita sendiri tidak tahu... Semuanya adalah urusannya tanpa kita tahu sedikit pun. Tapi? Mengapa ada saja yang tidak puas hati, yang tidak suka akan kewujudan itu. Rasa diri dah bagus... Apa pun, janganlah mejadi lalang yang palsu.. Kosong... Kejam sangatkah? Malah janganlah di persoalkannya lagi. Barangkali sudah tertulis semuanya... Bahawa sang langit dan sang bumi itu menyaksikan segalanya... Kisah suka dan suka. Tangis dan tawa. Riang dan gembira. Namun orang boleh berkata apa saja, tetapi Allah itu maha penglihat dan pemerhati setia. Ingatlah... Dunia adalah lakonan semata-mata.


Tidak perlu ada prasangka murka. Haruslah memandang kehadapan, meneliti semula apa yang terjadi. Mungkin ini semua telah diatur oleh Sang Khalid. Walaupun sehebat mana pun seseorang itu, jikalau ia berperangai seperti si gagak, maka gagaklah dia... Gagaklah dia. Gagaklah dia. Aku tidak pasti mengapakan ini semua berlaku, terjadi? Barangkali harus menjadi lebih buat berbanding digagak-gagak itu. Mungkin?


Nak cakap aku, dia, kau. Tak tahulah. Mungkin sesiapa saja pasti menyalahkannya jikaulau berada ditempat itu. Tetapi, haruslah diingatkan bahawa kita adalah manusia biasa. Yang pasti tidak lepas melakukan kesilapan. Nak kata aku ni bagus, memang taklah. Aku banyak kekurang yang pasti semua orang tidak suka. Tapi apa pun, aku tak akan ada dan pernah nak menyimpan dendam dengan sesiapa pun. Walaupun sehingga satu tahap amarah aku sudah tidak dapat dibengdung lagi, aku akan menjadi sang harimau yang kelaparan. Rasanya.


Walaupun pengalaman sudah banyak mengajar aku erti kehidupan, namun aku masih lagi kurang makan garam. Aku masih lagi tidak kuat. Namum terima kasih Ya Allah, kau beri aku kekuatan. Kau beri aku mak, abah, adik dan abang. Kau juga beri aku kekawan yang sangat memahami aku walaupun kadang kala mereka semua mengatakan yang aku ni pelik... Kelakarkan, tapi memang benar pun. Mungkin itu aku. Kadang-kadang diri aku sendiri tidak dapat aku fahami. Samalah seperti manusia lain.


Aku tak akan pernah menyerah kepada yang tidak benar, aku akan terus berdiri diatas kaki aku sendiri. Malas nak layan benar yang tidak benar dibenar-benarkan. Palsu itu semua. Walaupun aku kadang kala harus keseorangan. Aku yakin Allah telah menghantar aku teman-teman yang begitu sempurna untuk aku, dan aku juga harus bermuhasabah diri untuk terus mencari erti kehidupan sebenar. InsyakAllah aku akan menjadi apa yang aku hajatkan. Suatu hari nanti. Amin, bantulah aku Tuhanku. Aku perlukan Kau. Aku masih ada Kau Sang Khadik untuk mengadu segalanya.


Aku akan jadi diri aku, aku akan teruskan perjuangan aku walaupun aku ni bukanlah sehebat mana pun. Bagaimana pun, sejauh mana kita memanfaatkan sesuatu peristiwa itu, itu adalah untuk mempelajari kita bahawa realiti kehidupan dan menjadikan kita lebih matang dan tidak lagi berada di bawah umpama katak dibawah tempurung.


Namun, sejauh mana kita mempelajari dan menggunakan pengalaman orang lain, itu sebenarnya sebagai sempadan. Sejauh mana kita mempelajari hikmah disebalik semua peristiwa, disekeliling kita, itu semua telah ditunjukkan oleh Tuhan yang maha sebaik-baik perangcang. Aku juga ingin memohon maaf jikalau semua kesilapan ini berpunca dari aku...


RENUNGKANLAH PUISI INI :

MAN IN THE MIRROR
(Orang dalam cermin) - Dale Winbrow

Sekiranya anda berjuang dan mendapatkan apa yang anda mahu,
dan dunia menjadikan anda raja sehari.
Pergilah kecermin dan tetaplah dirimu,
Dengarkanlah apa yang ingin dikatakan oleh orang yang berada didalam cermin itu,
Ia bukan bapa, ibu ataupun sesiapa,
yang selalu berpihak kepadamu,
Orang yang sangat berpengaruh terhadap dirimu,
adalah orang yang menatapmu dari dalam cermin itu.
Ia adalah orang yang harus anda layani,
Kerana ia dan andalah yang akan menempuhi sagalanya sampai akhir,
Dan anda berjaya melalui ujian terberat dan paling bahaya.
Sekiranya anda dan orang didalam cermin tersebut berjaya menjadi kawan.
Anda juga boleh saja menipu dunia,
Serta membuat semua orang bertepuk tangan.
NAMUN, YANG ANDA DAPATKAN HANYALAH SAKIT HATI DAN AIR MATA,
SEKIRANYA ANDA MENIPU ORANG DIDALAM CERMIN ITU!


Sekian saja dari saya, jumpa lagi...
^_______^...

No comments:

Post a Comment