Monday 7 October 2013


                                                   Mudahnya menjemput rezeki...

Memang benar rezeki itu ditangan Allah, tetapi kalau kita tak berusaha kita pasti tetap sama di level bawah sahaja. Namun yakin pada diri sendiri kalau kita yakin untuk maju kehadapan dengan apa yang kita lakukan, dengan niat kerana Allah pastinya semua saja menjadi mudah. Mudah-mudahan...

Tuesday 30 April 2013

Coretan Saja / Saja



Selamat pagi,

Saat semuanya berjalan dengan lancar,
Seperti yang kadang-kadang begitu,
Saat engkau tempuh tampak menanjak,
Dan pada saat yang engkau ingin bersenyum,
Namun seolah-olah tersekat d ipipi lalu mengeluh,
Saat kekhuatiran melingkupi dirimu, maka
berehatlah jika perlu, namun jangan berhenti.
Hidup ini unik dan lucu dengan liku-liku dan turunan tajam di saat
setiap kali kita ingin belajar mengenai kehidupan,
TEKUNLAH PADA TUGASMU, WALUPUN MAJUNYA
SEAKAN-AKAN LAMBAT SEKALI.
Engkau mungkin berjaya di pukulan seterusnya.
Kejayaan sebenarnya adalah kegagalan yang terbalik 180 darjah.
Jadi, tekunlah saat engkaumemukul paling keras dalam
menggapai prestasi.
Pada saat keadaan demikian buruk, maka engkau tidak boleh berhenti,
tetaplah pendirianmu kehadapan.


Hatiku seakan resah. Barangkali semuanya berpunca dari aku sendiri. Ya akulah! Namun taktala aku mendengar kata-kata dari pensyarah aku sendiri. Aku tidap pasti, mengapa semua ini bakal berlaku? Ya memang baguslah aku dipermainkan. Sedar! Aku tidak kesal, malah aku sangat terkilan dan berduka... Aku tertanya-tanya angkara kejujuran siapa. Tidak terkata dan terfikir mana yang benar atau duska....

Tiada duka yang abadi...Aku sangat tidak sangka... Aku berjanji dan bersumpah selepas ini apa pun yang terjadi biarkanlah aku sendiri yang susah. Tiada lagi dan tak akan lagi aku mempercayai kalian semua! Gagak. Dasar gagak. Semoga suatu nanti dapatlah kamu semua melihat betapa alpanya semua itu. Pasti terbalas juga suatu hari nanti.

Walaupun hatiku sungguh parah sekali, aku masih lagi tersenyum walaupun hujan dan manik-manik jernih membasahi muka aku tanpa aku sedari. Aku tidak pasti lagi, dahulu dan kini sama lagi atau tidak. Mungkin menjadi jurang langgit dan bumi. Mungkin aku juga akan pergi. Tapi mengapa? Kerana nila setitik, susu sebelangga rosak! Tidak...


Aku sudah pun boleh saja melupakannya, tapi? Mengapa perlu ada cekerama. Mana kejujuran, mana? Mana lakonan mengatasi segala-galanya. Batu api, biasalah dunia. Aku tak mahu lagi melihat kamu plastik-plastik sampah yang tidak bermaruah. Loya, nak muntah... Kalau betul baguslah, tapi menafikan... Aku ni pun bukan hebat mana, tapi kalau nak hancurkan masa depan orang lain memang belum pernah lagilah. Tapi rasa nak bunuh orang tu, pernahlah. Tetapi dalam mimpi saja tu. Aku ni taklah nak berdendam dengan orang, biarkanlah. Kalau orang benci aku, lagi bagus. Aku tidur lena, kau yang gila.

Manalah erti profesional kamu. Jikalau orang yang menjadi pembimbing kamu pun, kamu persoalkan. Sehingga merasakan kamu itu adalah hero. Ya, hero boneka. Hebat. Kalau dah rasa hebat sangat, pergilah jadi menteri ke, lawyer ke, doktor ke, barangkali si pengemis jalanan. Wah, sungguh kasar. Inilah realiti kalau lebih sangat pada fantasi.


Si gagak, aku juga ingin memberitahu bahawa kalau mahu diri kau tu disangungi, hormatilah orang lain. Lagi-lagi yang sama dengan umur ayah atau ibu kau... Aku masih lagi ingat pesan emak kepadaku, jangan balas apa yang orang buat pada kamu. Malah, buat tak tahu. Nanti dapatlah hukum karma tu.


Akhir kata, sebarang kesalahan aku dahulukan dengan ucapan maaf kepada semua orang di dunia ini. Aku akan jadikan ini sebagai asam garam kehidupan. Barangkali membina diri aku menjadi kuat. Barangkali juga ujian dan pengajaran dari sekeliling. Barangkali juga mahu aku berhenti. Boleh saja, tapi aku tak mahulah membuat ayah dan ibuku menangis kerana aku.

Selamat berjumpa lagi
^______^.
Senyum Sokmo.
Tingkatkan prestasi, kurangkan kontrolversi.


Monday 29 April 2013

...SEDIKIT BICARA HATI...


Assalamualaikum dan selamat malam,


Benarkah rezeki itu datangnya dari Allah, ya memang benar... Tidak sesiapa pun boleh menafikannya walaupun kita sendiri tidak tahu... Semuanya adalah urusannya tanpa kita tahu sedikit pun. Tapi? Mengapa ada saja yang tidak puas hati, yang tidak suka akan kewujudan itu. Rasa diri dah bagus... Apa pun, janganlah mejadi lalang yang palsu.. Kosong... Kejam sangatkah? Malah janganlah di persoalkannya lagi. Barangkali sudah tertulis semuanya... Bahawa sang langit dan sang bumi itu menyaksikan segalanya... Kisah suka dan suka. Tangis dan tawa. Riang dan gembira. Namun orang boleh berkata apa saja, tetapi Allah itu maha penglihat dan pemerhati setia. Ingatlah... Dunia adalah lakonan semata-mata.


Tidak perlu ada prasangka murka. Haruslah memandang kehadapan, meneliti semula apa yang terjadi. Mungkin ini semua telah diatur oleh Sang Khalid. Walaupun sehebat mana pun seseorang itu, jikalau ia berperangai seperti si gagak, maka gagaklah dia... Gagaklah dia. Gagaklah dia. Aku tidak pasti mengapakan ini semua berlaku, terjadi? Barangkali harus menjadi lebih buat berbanding digagak-gagak itu. Mungkin?


Nak cakap aku, dia, kau. Tak tahulah. Mungkin sesiapa saja pasti menyalahkannya jikaulau berada ditempat itu. Tetapi, haruslah diingatkan bahawa kita adalah manusia biasa. Yang pasti tidak lepas melakukan kesilapan. Nak kata aku ni bagus, memang taklah. Aku banyak kekurang yang pasti semua orang tidak suka. Tapi apa pun, aku tak akan ada dan pernah nak menyimpan dendam dengan sesiapa pun. Walaupun sehingga satu tahap amarah aku sudah tidak dapat dibengdung lagi, aku akan menjadi sang harimau yang kelaparan. Rasanya.


Walaupun pengalaman sudah banyak mengajar aku erti kehidupan, namun aku masih lagi kurang makan garam. Aku masih lagi tidak kuat. Namum terima kasih Ya Allah, kau beri aku kekuatan. Kau beri aku mak, abah, adik dan abang. Kau juga beri aku kekawan yang sangat memahami aku walaupun kadang kala mereka semua mengatakan yang aku ni pelik... Kelakarkan, tapi memang benar pun. Mungkin itu aku. Kadang-kadang diri aku sendiri tidak dapat aku fahami. Samalah seperti manusia lain.


Aku tak akan pernah menyerah kepada yang tidak benar, aku akan terus berdiri diatas kaki aku sendiri. Malas nak layan benar yang tidak benar dibenar-benarkan. Palsu itu semua. Walaupun aku kadang kala harus keseorangan. Aku yakin Allah telah menghantar aku teman-teman yang begitu sempurna untuk aku, dan aku juga harus bermuhasabah diri untuk terus mencari erti kehidupan sebenar. InsyakAllah aku akan menjadi apa yang aku hajatkan. Suatu hari nanti. Amin, bantulah aku Tuhanku. Aku perlukan Kau. Aku masih ada Kau Sang Khadik untuk mengadu segalanya.


Aku akan jadi diri aku, aku akan teruskan perjuangan aku walaupun aku ni bukanlah sehebat mana pun. Bagaimana pun, sejauh mana kita memanfaatkan sesuatu peristiwa itu, itu adalah untuk mempelajari kita bahawa realiti kehidupan dan menjadikan kita lebih matang dan tidak lagi berada di bawah umpama katak dibawah tempurung.


Namun, sejauh mana kita mempelajari dan menggunakan pengalaman orang lain, itu sebenarnya sebagai sempadan. Sejauh mana kita mempelajari hikmah disebalik semua peristiwa, disekeliling kita, itu semua telah ditunjukkan oleh Tuhan yang maha sebaik-baik perangcang. Aku juga ingin memohon maaf jikalau semua kesilapan ini berpunca dari aku...


RENUNGKANLAH PUISI INI :

MAN IN THE MIRROR
(Orang dalam cermin) - Dale Winbrow

Sekiranya anda berjuang dan mendapatkan apa yang anda mahu,
dan dunia menjadikan anda raja sehari.
Pergilah kecermin dan tetaplah dirimu,
Dengarkanlah apa yang ingin dikatakan oleh orang yang berada didalam cermin itu,
Ia bukan bapa, ibu ataupun sesiapa,
yang selalu berpihak kepadamu,
Orang yang sangat berpengaruh terhadap dirimu,
adalah orang yang menatapmu dari dalam cermin itu.
Ia adalah orang yang harus anda layani,
Kerana ia dan andalah yang akan menempuhi sagalanya sampai akhir,
Dan anda berjaya melalui ujian terberat dan paling bahaya.
Sekiranya anda dan orang didalam cermin tersebut berjaya menjadi kawan.
Anda juga boleh saja menipu dunia,
Serta membuat semua orang bertepuk tangan.
NAMUN, YANG ANDA DAPATKAN HANYALAH SAKIT HATI DAN AIR MATA,
SEKIRANYA ANDA MENIPU ORANG DIDALAM CERMIN ITU!


Sekian saja dari saya, jumpa lagi...
^_______^...

Thursday 25 April 2013

KaLaU


Kalau?

Kalaulah senja itu berpatah balik...
Keheningan malam berubah
Tapi, tidak.
Kalaulah boleh...
Pasti aku...
Kalau
Kalau
Dan berapa banyak kalau...

Semuanya kalau!
Bila nak pasti?
Tiada lagi kalau...
Gagal di duniawi.
Tumpas!
Kalau tiada...
Usah perdebat kata-kata kalau!
Hentikan segalanya.

Patamorgana?
Kalau. Mungkin. Brangkali.
Hanya illusi pagi,
Muncul sejenak saja.
Kalaulah...
Kalau, sampai kapan?

Biarlah rahsia sebenar,
menjadi saksi para pendengar...
Kalau.
Sudah cukup semuanya.
Kalau, kalau, kalau. Mengapa?

Kepayahan kalau,
tinggal semuanya...
menjadi mimpi hitam yang ngeri.
Kalaulah ia hanya psikologi saja,
KALAU...

Yang benar, tiada lagi kalau...
Di Ahirat kelak.
Tiada lagi kalau.
Mungkin.
Memang pasti...
Tiada lagi kalau...
Ya,,,


KALAU, KALAU, KALAU...

Friday 12 April 2013

SELAMAT HARI ULANG TAHUN



Sajak buat sahabat

Angin malam yang sekidit dingin,

Selamat hari lahir aku ucapkan,

Semoga apa yang kau hajatkan,

Akan kau kecapi suatu hari nanti...


Semoga kau menjadi insan yang,

berguna untuk keluarga, negara mahupun bangsa...

Walaupun tulisan aku ini tidak sebera,

Aku harap kau gembira bila membacanya...


Semoga persahabatan kita kekal selamanya,

Tidak kiralah walaupun masing-masing,

Sudah mempunyai keluarga sendiri,

Dan aku doakan kau terus mendapat kerja,

Selepas tamat saja pengajian nanti...


Terima kasih kerna menjadi kawan yang,

Terbaik buat aku dari sekolah lagi.

Sanggup menerima aku seadanya, walaupun

aku seorang yang egois.


Lagi sekali, SELAMAT HARI LAHIR.

Semoga kau bergembira selalu. -Amin-

Aku juga berharap kau tidak mudah berputus asa,

Demi mencari dan mengejar segulung ijazah.


SELAMAT HARI LAHIR YANG KE - 23...















Wednesday 10 April 2013

____ KISAH AKULAH ____





KeSeOrAnGaN...

Aku bukanlah keseorangan. Cuma aku sedikit kesepian. Sampai bila? Ntahlah... Aku tak rasa aku kebosanan kerana aku punyai Allah, mak penawar segalanya. Abah seorang bapa yang menjaga aku sehinggi kini. Aku punyai abang, adik yang sentiasa menemanai aku. Kawan-kawan juga yang sentiasa bersama kau taktala aku kebosanan. Apa ertinya menpunyai kekasih kalau semuanya terabai. Bukan mudah. 


Aku sungguh tenang seorang diri tanpa punyai lelaki bergelar "pakwe". Ha, benar-benar tenang. Sungguh bebas, aku tak terikat dengan siapa-siapa pun. Walaupun semua orang cakap aku sudah berpunyai. Tapi hakikat yang nyata aku tidak mempunyainya lagi, lagilah memiliki. Palsu semua itu. Memang aku punyai teman yang banyak, tapi bukanlah mudah untuk mencari seorang lelaki yang benar-benar jujur dan ikhlas dengan diri aku. Susah! Memang susah sangat-sangat. Malas aku nak mempersoalkannya.


Memanglah dahulu aku punyai dia, namun itu sudah lama terkubur. Yang tinggal hanyalah kenangan lama saja. Aku hanya menjadi teman biasa saja padanya. Ha, tak kisah semua itu. Mungkin bukan jodoh aku yang terbaik. Tanpa memikirkannya lagi, aku terus menjalani kehidupan biasa dan membawa membawa diri pergi jauh dari negeriku. Mungkin dah tertulis aku belajar di Asawara. Aku redha walaupun pada ketika dahulu aku pernah membenci bandar kota raya ini. Tapi hakikatnya sekarang, akulah penghuninya. Ha, begitu pro dan kontra di sini. Hebat dan sungguh mencabar.


Rasa aku, tak salah mencari lelaki yang boleh membimbing aku ke jalan yang lurus. Barangkali suatu hari aku akan bertemu. Amin... Jika benar cinta itu benar kerana Allah, maka biarkanlah ia mengikut aliranNya. Kerana hakikatnya ia bertuankan dari Maha Sang Pencipta. Itulah dia, cinta yang abadi, cinta akan Allah.

                                Untuk aku...

          Apabila lelaki menyatakan aku sombong dan begitu "EGO"
          itu mungkin lebih baik pada aku kerana menandakan
          diri aku sukar untuk didekati.
          Dan aku rasa itulah cara aku manjaga diri aku,
          walaupun aku seorang yang sangat ego.
          Barangkali itulah diri aku yang sebenarnya... 

Apa yang penting aku akan capai cita-cita aku dulu, barulah mengejar cinta yang tak pasti bagi aku. Walaupun aku pernah yakin seseorang itu menjadi milik aku yang sah, rupanya aku sedang bermimpi disiang hari.

Semoga suatu hari nanti aku benar-benar berjumpa dengan lelaki yang benar-benar menghormati aku dan sanggup menerima kekurangan aku yang begitu banyak. Aku memang tidak sempurna, banyak kelemah. Aku hanya insan biasa saja.





Sekian saya dari saya...^___^...  Semoga bertemu kembali...

Monday 8 April 2013

... RuNsInG ...

                         JERAWAT! Tak suka...


Apa itu jerawat?

Semua orang pasti tidak akan suka jerawat! Ha, runsing. Namun jerawat sudah pasti muncul pada emosi seseorang itu kurang atau tidak stabil... 

Jerawat adalah masalah kulit yang terhasilnya bengkak-bengkak pada muka ataupun belakang badan. Ia kemudiannya membentuk jerawat putih yang kecil mengandungi nanah, atau jerawat hitam atau bonjolan berwarna merah.

                     Apa yang menyebabkan terbentuknya jerawat?

Gabungan genetik seperti hormon, bakteria, liang tersumbat dan keradangan akan menyebabkan jerawat muncul. Jika liang yang tersumbat kekal tertutup dan ia kekal membengkak itu dapat digelarkan sebagai jerawat putih. (white head).

Selepas itu, dinding folikel mungkin pecah lalu membentuk bonjonlah berwarna merah.


GEJALA...

  • Kulit menjadi berparut.
  • Radang disekeliling tompakkan pada kulit.
  • Ruam pada kulit dan muka.

PENGURUSAN DIRI...

1- Sikat atau ikat rambut supaya tidak terkena dengan muka.

2- Jangan menggunakan barang komestik yang berminyak.

3- Cuci muka sekurang-kurangnya 3 kali sehari.

                               Sekian saja dari saya...^____^...