Tuesday 30 April 2013

Coretan Saja / Saja



Selamat pagi,

Saat semuanya berjalan dengan lancar,
Seperti yang kadang-kadang begitu,
Saat engkau tempuh tampak menanjak,
Dan pada saat yang engkau ingin bersenyum,
Namun seolah-olah tersekat d ipipi lalu mengeluh,
Saat kekhuatiran melingkupi dirimu, maka
berehatlah jika perlu, namun jangan berhenti.
Hidup ini unik dan lucu dengan liku-liku dan turunan tajam di saat
setiap kali kita ingin belajar mengenai kehidupan,
TEKUNLAH PADA TUGASMU, WALUPUN MAJUNYA
SEAKAN-AKAN LAMBAT SEKALI.
Engkau mungkin berjaya di pukulan seterusnya.
Kejayaan sebenarnya adalah kegagalan yang terbalik 180 darjah.
Jadi, tekunlah saat engkaumemukul paling keras dalam
menggapai prestasi.
Pada saat keadaan demikian buruk, maka engkau tidak boleh berhenti,
tetaplah pendirianmu kehadapan.


Hatiku seakan resah. Barangkali semuanya berpunca dari aku sendiri. Ya akulah! Namun taktala aku mendengar kata-kata dari pensyarah aku sendiri. Aku tidap pasti, mengapa semua ini bakal berlaku? Ya memang baguslah aku dipermainkan. Sedar! Aku tidak kesal, malah aku sangat terkilan dan berduka... Aku tertanya-tanya angkara kejujuran siapa. Tidak terkata dan terfikir mana yang benar atau duska....

Tiada duka yang abadi...Aku sangat tidak sangka... Aku berjanji dan bersumpah selepas ini apa pun yang terjadi biarkanlah aku sendiri yang susah. Tiada lagi dan tak akan lagi aku mempercayai kalian semua! Gagak. Dasar gagak. Semoga suatu nanti dapatlah kamu semua melihat betapa alpanya semua itu. Pasti terbalas juga suatu hari nanti.

Walaupun hatiku sungguh parah sekali, aku masih lagi tersenyum walaupun hujan dan manik-manik jernih membasahi muka aku tanpa aku sedari. Aku tidak pasti lagi, dahulu dan kini sama lagi atau tidak. Mungkin menjadi jurang langgit dan bumi. Mungkin aku juga akan pergi. Tapi mengapa? Kerana nila setitik, susu sebelangga rosak! Tidak...


Aku sudah pun boleh saja melupakannya, tapi? Mengapa perlu ada cekerama. Mana kejujuran, mana? Mana lakonan mengatasi segala-galanya. Batu api, biasalah dunia. Aku tak mahu lagi melihat kamu plastik-plastik sampah yang tidak bermaruah. Loya, nak muntah... Kalau betul baguslah, tapi menafikan... Aku ni pun bukan hebat mana, tapi kalau nak hancurkan masa depan orang lain memang belum pernah lagilah. Tapi rasa nak bunuh orang tu, pernahlah. Tetapi dalam mimpi saja tu. Aku ni taklah nak berdendam dengan orang, biarkanlah. Kalau orang benci aku, lagi bagus. Aku tidur lena, kau yang gila.

Manalah erti profesional kamu. Jikalau orang yang menjadi pembimbing kamu pun, kamu persoalkan. Sehingga merasakan kamu itu adalah hero. Ya, hero boneka. Hebat. Kalau dah rasa hebat sangat, pergilah jadi menteri ke, lawyer ke, doktor ke, barangkali si pengemis jalanan. Wah, sungguh kasar. Inilah realiti kalau lebih sangat pada fantasi.


Si gagak, aku juga ingin memberitahu bahawa kalau mahu diri kau tu disangungi, hormatilah orang lain. Lagi-lagi yang sama dengan umur ayah atau ibu kau... Aku masih lagi ingat pesan emak kepadaku, jangan balas apa yang orang buat pada kamu. Malah, buat tak tahu. Nanti dapatlah hukum karma tu.


Akhir kata, sebarang kesalahan aku dahulukan dengan ucapan maaf kepada semua orang di dunia ini. Aku akan jadikan ini sebagai asam garam kehidupan. Barangkali membina diri aku menjadi kuat. Barangkali juga ujian dan pengajaran dari sekeliling. Barangkali juga mahu aku berhenti. Boleh saja, tapi aku tak mahulah membuat ayah dan ibuku menangis kerana aku.

Selamat berjumpa lagi
^______^.
Senyum Sokmo.
Tingkatkan prestasi, kurangkan kontrolversi.


No comments:

Post a Comment